Aku ingin di cintai kerana Allah
Jika kau menyintai kerana kecantikkan ku
Menyejukkan setiap mata yang memandang nya
Kemudian aku bertanya
Saat kecantikkan pudar di tempuhi usia
Berapa pudar kah kelak cinta mu pada ku..??
Jika kau menyintai ku kerana sifat ku yang ceria
Menjadi semangat yang menyala di hati mu..
Kemudian aku bertanya..
Bila keceriaan ku kelam di rundung duka
Seberapa muram cinta mu kan ada
Jika kau menyintai ku kerana ramah hatiku
MemberI kehangatan dalam setiap sapaan mu
Kemudian aku bertanya
Kiranya keramahan itu tertutup oleh kabut prasangka
Seberapa mampu cinta mu memendam rasa praduga
Jika kau menyintai ku kerana cerdasnya diri ku
Membuat mu yakin pada putusan ku
Kemudian aku bertanya
Ketika kecerdasan ku hilang menua
Seberapa bijak cinta mu tetap mengharapkan ku
Jika cinta mu kerana kemandirian yang ku miliki
Menyemat rasa bangga mu kerana mengenali ku
Kemudian aku bertanya
Jika ditengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
Seberapa tangguh untuk tetap rasa cinta mu bersamaku
Jika kau menyintai ku kerana tegarnya sikap ku
Menambahkan rasa kagum kerana kukuhnya pertahanan mu
Kemudian aku bertanya
Andai ketegaran ku rapuh di terpa badai
Seberapa kuat kah cinta mu bertahan
Jika kau menyintai ku kerana pengertian
Yang ku berikan
Menumbuh ketenangan kerana kepercayan yang ku tanam
Kemudian aku bertanya
Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
Seberapa kau mampu mengerti cinta ini..
Seberapa besar cinta mampu memaafkan..
Jika kau menyintai kerena keteguhan iman ku
Bagai siradj yang benderang menghantar cahaya
Kemudian aku bertanya
Jika iman itu jatuh menurun
Seberapa bekurang akhirnya cinta mu pada ku
Jika kau menyintai kerana aku yang telah kau pilih
Sebagai cinta yang akan kau pegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanya
Pun hati Ini tergoncang
Seberapa mantap cinta ini untuk tetap setia..
Andai sejuta alasan tak cukup
Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
Maka biar ku pinta satu alas an untuk menjaga cinta ini..
Aku ingin kau cintai kerana ALLAH
Kerana dia sentiasa ada untuk menjaga
Maka cinta ku kan tetap utuh dan setia
Hingga kelak aku tak mampu lagi menyintai mu
No comments:
Post a Comment