Tuesday, 24 May 2011

DUHAI HATI ,,II



SETIA MENANTI …TETAP MENUNGGU
DI SENJA KELABU..MASIH DI SITU
BIAR TANPA HADIR ,TADBIR TETAP DISUSUN
MASIH TEGA MELAWAN TAKDIR ,,
YANG TAK PASTI,MASIH  BERMIMPI
DOA RESTU DI POHON,HARAPAN DI SANDAR
  TERLAKSANA IMPIAN TERCAPAI CITA
TERMETRI  JANJI TERUNGKAP BICARA
BAYANGAN BAHAGIA MENYELUSURI HIDUP
ITULAH JANJI  HARAPAN ABADI………….
//NASHA

1 comment:

QALAM SUCI...

SUARA HATI

Belajarlah kita mencintai Allah dan Rasulnya dengan ikhlas kerana ikhlas bukan hanya dibibir atau perkataan ia meliputi perbuatan dan tingkahlaku dan mintalah pimpinan atau petunjuk dari Allah kerana Allah Maha memimpin.Dengan penyerahan sepenuh iman kepada Allah pasti menemui pasangan atau cinta yang sempadan dengan sipencari cinta sesama makhluk..Barangsiapa ingin kejalan Allah,Maka Allah akan memimpin mereka[Apa saja didalam kehidupan ini seseorang mukmin itu ai akan merasakan sentiasa beserta Allah]LailahaillAllah..Begitulah Indahnya hidup sebagai orang-orang mukmin yang bertaqwa...SubhanAllah..walhamdulilah,WalailahaillAllah,AllahHuAkbar..Ya Allah Masukanlah kami didalam golongan orang-orang mukmin yang bertaqwa taat melaksanakan perintahmu sesungguh hanya kepada Engkau kami kembali Ya Allah.Aminnn...Ya Allah..

DEMI CINTA INI.....

CINTA KU..

SEJUJUR MANA KATA-KATA..!!

Senyumanmu yang terindah,.Dalam jiwamu kepastianTutur bicara penuh cinta Gapai impian yang nyata.Segenap ruang di angkasa...Kau bintang menyinar..Dalam berjuta yang terlihat.Dikau terhebat!..Lembut wajahmu penuh damai..Keikhlasanmu yang terpancar..Tampak gayamu sederhana..Peribadimu pesona Walau ombak bergelora mencabar..Tidak karam layarmu di lautan..Walau perit dugaan dan ujian.Keazaman dan semangat berkobar..Aku rasa malu padamu..Terus aku menyanjungimu..Dalam dirimu hanya satu.Dia segalanya.Tautan rindu ku padamu.Dikau terhebat!!

MENCARI REDHA ALLAH..!

MENCARI REDHA ALLAH..!
http://www.facebook.com/notes/

LUAHAN HATI..

Upload Pictures
Bibir tersenyum... hati menangis♥•☆٠• Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. Sesekali menangis.... hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya...
Untuk yang sedang bersedih...
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
*****************************
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
********************** Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah… Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi. ************** Untukmu yang sedang luka.. Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu. ********************* Hai pemilik hati yang patah.. “…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta! ************************** Kawanku yang dicintai Allah.. Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur..

☛ Adakah Anda Wanita Muslimah Yang Berfikir? ☚

☛ Adakah Anda Wanita Muslimah Yang Berfikir? ☚

Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslimah lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah s.a.w, ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.

Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah s.a.w yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah s.a.w berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.”

Sedemikianlah keperibadiannya sehingga Allah Subhanahu wa Taala mengirimkan salam kepadanya sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Malaikat Jibrail datang kepada Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Pesuruh Allah! Khadijah akan datang kepada kamu dengan membawa semangkuk sup daging. Apabila dia sampai kepada kamu, sambutlah dia bagi pihak Tuhan kamu dan diriku, dan berilah dia khabar gembira bahawa sebuah istana yang diperbuat dari Oasab menantinya disyurga yang tidak akan ada sebarang kebisingan dan kesusahan.” [Riwayat Bukhari]

Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah s.a.w cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah s.a.w lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.

Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah s.a.w adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah s.a.w, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.”

Wanita-wanita seperti Khansaa seorang penyair yang mahir dan menggunakan kemahirannya untuk memotivasikan anak-anaknya berjihad untuk menaikkan ayat-ayat Allah yang Maha Tinggi dengan berkata kepada mereka, “ Kamu tahu ganjaran yang Allah janjikan kepada orang -orang yang berjuang untuk menentang orang - orang yang memusuhi jalanNya. Kamu harus ingat bahawa kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dari kehidupan dunia yang sementara ini. Apabila kamu bangun dikeesokan paginya, bersedialah untuk melakukan yang terbaik didalam peperangan. Berjuanglah menentang musuh dan mintalah pertolongan dengan Allah. Apabila kamu melihat api peperangan menyala, pergilah kamu ketengah medan peperangan dan hadapilah ketua-ketua musuhmu. InsyaAllah, kamu akan tinggal disyurga dengan kemuliaan dan kejayaan”. Keesokan harinya, keempat-empat anaknya melangkah kemedan peperangan Qadasiyyah, sambil mengulang-ulangi syair ibu mereka dan berperang sehingga mereka terbunuh. Apabila Khansaa menerima berita kematian anak-anaknya, dia berkata, “Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan kesyahidan mereka. Aku berharap agar Allah mempertemukan aku dengan mereka dibawah lindungan Yang Maha Pengasih”.

Wanita-wanita seperti Ummu Amarah Radhiallahu anha seorang pejuang yang sangat mahir dan telah berjuang didalam banyak peperangan termasuk Perang Uhud, Hunayn dan Yamamah. Seorang yang melindungi Rasullullah dengan badannya serta mengalami banyak kecederaan didalam Peperangan Uhud. Rasullullah s.a.w pernah menceritakan ketika Perang Uhud dimana sahaja dia beralih, kekiri atau kekanan, dia melihat Ummu Amarah berjuang bermati-matian untuk melindunginya. Beliau berdoa untuk Ummu Amarah dan keluarganya yang telah berjuang dengan penuh semangat dan kekuatan pada hari tersebut dan bersabda; “Ya Allah! Jadikanlah keluarga ini teman –temanku disyurga.”

Wanita-wanita seperti Ummu Shareek yang mengabdikan dirinya untuk berdakwah kejalan Islam dikalangan wanita-wanita Quraish sehingga pada satu masa dia dihalau dari masyarakat oleh ketua-ketua orang Quraish dan wanita-wanita seperti Sumayyah yang pertama syahid kerana Islam, yang sentiasa menyeru kepada orang ramai untuk menyembah Allah walaupun sedang diseksa oleh Abu Jahal.

Khatimah
Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk mewujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah. Anda bagaimana? Marilah sama-sama kita renungkan. Wallahu alam bishawab... — with Siti Suhani Sheikh FurQan.

WANITA ADALAH ISTERI JUA BIDADARI....

jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih) ...♥♥♥

Wanita idaman setiap lelaki adalah seorang wanita yang beriman
♥ Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
♥ Yang dirinya disaluti dengan pakaian taqwa kepada Allah
♥ Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
♥ Yang sentiasa haus dengan ilmu
♥ Yang sentiasa dahaga akan pahala
♥ Yang solatnya adalah maruah dirinya
♥ Yang tidak pernah takut untuk berkata benar..
♥ Yang matanya buta, kakinya tempang, dan mulutnya bisu