Titik bermula bertemu berbicara
Diri bersua di alam maya….
Rasa benar tapi ilusi
Tanpa bayang ,tanpa jasad
hanya berkata di hujung jari….
Puas bicara menguntum rasa
Serasi bertaut di alam maya
Impian hanyut membuai rasa
Terasa kehilangan bila tiada
Bertanya diri bermohon pergi
Izin diberi hati disanggah
Hati mengharap selama nya di sini
Tenang jiwa seloka gembira
Hanya khabar cerita biasa
Namun hati terasa ceria…
Bahagia disini tersirat rindu
Berbenih kasih sayang di hati
Mengapa harus ini terjadi
Bukan diminta bukan di paksa
Hanya jiwa rela menerima
Setulus hati seikhlas rasa
Menjadi resepi kasih sejati
Gurindam rindu semangat waja
Hilang rindu bila bersama
Tiada bersua,tiada bertemu
Hanya bayangan tinta kelabu
Di hujung kalam kata bicara
Mengikat janji sanggup menanti
Entah benar ,entah kan tidak
Tapi hati ini akur menerima……
Di sini janji termeteri…walau bicara yang tak pasti
Bersama harapan juga impian…
Jiwa meruntun menagih bayangan di hujung rindu
Meniti sepi di alam ilusi
Tiada bicara membawa derita
Setiap kali rasa bahagia…
Apakah ini anugerah ilahi
Atau cuma mainan nafsu
Andai semua palsu belaka
Ku pohon pada MU peliharalah hamba..
Jadi diri tegal berdiri teguh menapak di alam mimpi……..//:nasha
ku doakn jalinan antara kita umpama tasbih, mula tanpa tamat sehingga megingatinya.. bercantum kerana drinya diratib, kerana redhanya.. menangis kerana manisnya moga silaturahim ini kekal & dirahmati Allah s.w.t shingga hujung nyawa...
ReplyDelete